di tengah-tengah kekusutan ngan nota2 dan Tortora, aku masih nak tulis,tulis,tulis,dan tulis. Ramadhan tahun 2010 aku mulakan di Kuantan sampai la sekarang ni tak balik2 berbuka ramai2 ngan orang kat rumah. bukan tak mahu pulang, tapi tak boleh. paham? sesungguhnya makanan berbuka kat rumah tu lagi nikmat walaupun hanya jemput2 kosong yang mak buat. sape pun tak boleh chalen. lagi sedih apabila nampak gambar satu family berbuka kat kampung di-upload kat facebook. mengapekah aku tak dijemput ke sana? :(
tapi Ramadhan kat Kuantan best jugak bila berbuka ngan kawan2 pengganti keluarga. hari2 mesti fikir nak makan apa untuk berbuka. makan nasi goreng panas ataupun nasi putih berlauk. dialog yang sama "Kau buka apa nanti?" tu hanyalah soalan untuk cari idea nak makan memandangkan menu di cafe sangat terhad. takpun kalau ada yang sengal, jawapan dia begini "Aku buka baju je" ok rasa nak sepak teranjang sampai Marikh je. orang lapar jangan dicabar, bak kata seorang Doktor.
kalau hari isnin ngan rabu kelas sampai pukul 6.30pm. seawal pukul 4pm dah ready nak order makanan kat cafe. sini macam advance sikit. order pakai SMS je. mulalah berpusu-pusu mesej masuk dalam inbox ornag cafe tuh bila start pukul 4pm ke atas. ada yang lagi berkobar-kobar nak berbuka, pukul 3pm lagi dah hantar order. format order, NASI GORENG BLACKPAPER-1...MINAH....AMIK PUKUL 6PM. tu lah yang diajar orang cafe kat sini.
bila dah sampai pukul 6.15pm, mulalah tunjuk tanda2 nak keluar kelas kat lecturer. contohnya saja2 tengok jam kat tangan pastu buat2 kemas penselbox, simpan buku dalam beg. ok, lecturer dah paham. "Ok that's all for the discussion today. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum" berpusu-pusu lah semua orang keluar lecture hall, ada yang naek bas, motor, takpun yang kaya sket naek kereta.
sampai kat cafe amik makanan yang di-order tadi. kalau lambat dapat mulalah merungut-rungut cafe ni lembap la apa la. bila dapat on time tak reti pulak nak berterima kaseh. naek bilik susun makanan kat our so called hall. hahaha.... semua duduk mengelilingi makanan berbuka pastu mulalah start suara bising-bising yang kalau turun dari tingkat 4 memang dah dengar hingar-bingar. excited sangat nak berbuka. dah masuk waktu berbuka makanan pun kasi keluar la. macam2 ada. kongsi2 la makanan. tu yang paling best, kau amik sikit, aku amik sikit. terasa jugak nikmat berbuka ramai2 ni. kalau beli kuih ke ape ke, mesti beli untuk kawan2 sekali. ada jugak mengajar sifat kongsi2 dan ingat pada orang lain. paham ke aku cakap apa ni? haha...
hilanglah sikit rasa nak buka kat rumah yang memang setiap kali meluap-luap dalam hati. ikut hati mati kan. so, ni ikut flow jela. Ramadhan kat Kuantan bakal berakhir lagi seminggu. terasa pulak sedehnya sebab dah takde nak berbuka ngan kawan2 ramai2. takpe, insyaAllah umur panjang boleh lagi tunggu tahun depan. oh, ada jugak puasa sunat dan paling penting puasa ganti. still boleh lagi la nak buka ramai2. :)
ok jangan lupa niat puasa tuk esok. sahur pun bangun kerana sahurlah yang membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi & Nasrani. sekian.
ITU SAJA.