bersabarlah wahai hati. dah sangat memberontak ni nak balek,nak balek,nak balek,nak balek! tapi tak boleh lagi. cess cess cess! masih tersangkut kat kuantan yang serba indah ni. kerana perjuangan belum selesai. geheheheheh.....
aku dah taknak hantar tempah baju kat tempat yang selalu hantar tu. menyakitkan hati. disebabkan tukang jahit lama dah takde, kene tukar tukang jahit baru yang jahitannya aku taktau la ok ke tak. semuanya disebabkan kain yang aku hantar pada bulan Disember tahun lepas, masih belum dapat disiapkan. bodoh tak? hahaha...kan dah kluar. setiap kali call orang tu, tanya dah siap ke belum, mesti jawapan dia sama je. "Dik, tak dapat cari lining yang sesuai lagi la" tu jela alasan dia dari bulan2 yang lepas aku call. macamla takde langsung kedai yang jual lining yang sepadan. bukan aku mintak nak labuci2 ke, manik byk2 ke, sulam2 ke. aku hanya mintak jahit baju kurung biasa je. kedai pun bukanlah butik yang artis selalu pergi. setahu aku tak penah artis nak datang kedai tu. kedai tu wujud pun dorang taktau. hadoi laaa..... kain tu,aku beli sejak dari matrix kat PJ. sampai la sekarang ni aku da masuk Kuantan nak dekat 2 bulan dah. hah...bayangkan betape siputnye kedai tuh. aku boikot dah tailor tuh.
last week kelas ngan Dr Azlan dah tamat. isk...sedeyyy... selalunya kelas tu la paling sakit perut, sakit mulut, sakit kepala sebab gelak terlebih-lebih. memang tak boleh elak nak gelak sebab best gila. mesti ada benda yang nak digelakkan. kelas ni namanya Basic of Food Science. setiap kali aku keluar dari kelas tu, mesti tak lalu nak makan bila tengok keadaan cafe yang sangat dot dot dot. lu pikir la sendiri. yela,kelas ni mengajar pasal Food safety, ways to handle foods, toxicology, dan sebagainya. bayangkan cafe tu macam mana wahai budak2 Kuantan sekalian? hahaha....tapi esoknya aku makan gak kat cafe tu sebab mana la tempat yang jual makanan lagi. just, berhati-hati lah memilih makanan. alhamdulillah, setakat ni aku tak kene food poisoning lagi. kalau sesape ada kene food poisoning, makan yogurt ok?
arghhh sangat segan nak ngaku tapi ni lah kebenarannya. aku nak jumpe adik aku. rindu. kata je duduk dekat kat Kuantan ni tapi tak pernah nak jumpe kat luar. kalau la aku ada kereta kan, every week aku dah bawak die jalan2. haha berangan jela.

aku godek-godek file dia yang dalam harddisk aku lalu terjumpa gambar ni. apelagi, kiut sangat aku taruk la jadi wallpaper. gambar dah besar jangan harap nak letak. buang karen je. terus hilang mood.
ITU SAJA.