Wednesday, October 20, 2010

kekkon shimasu

Assalamualaikum.

Islam itu indah. baru belajar hari ni satu lagi keindahan Islam yang aku rasa sangat rugi kalau tak tahu. tapi, better late than never kan. tu lah, orang kata kita kene banyak sembang ngan orang untuk tahu macam2 benda yang unik. kalau nak kawen pun, ada caranya, ada landasan yang betul. kalau maen redah je, tu la yang dok bercerai-berai bertalak-balak sana sini pastu kawen balek sengeh2.

hishh....kawen pulak. taknak la. bukan taknak, belum lagi je. asik cite pasal kawen je, borinnggggggg...... aku masih tak layak nak cakap pasal kawen sebab macam2 lagi tak reti nak buat. kalau berani nak tanggung risiko makan nasi bungkus hari2, sila sila jangan segan. sedangkan goreng telur pun aku still terkial-kial cari jalan macam mana nak kasi cantek bentuk dia, dengan terketaq-ketaq masak depan ramai orang masa IKOD tu, nak masak pancake untuk abg hensem pun gelabah2, ohhh jauh sekali nak pasang rumahtangga. lagipun, 20 tahun tu still baru nak explore macam2. toksahlaa....

okeyyy...mak abah kat Kuantan sekarang tapi sedihnya aku tak dapat nak join dorang. esok BIG day Ja'i and sebab tu lah mak abah kat sini sekarang ni. dorang datang naek bas je and baru sampai tadi. Alaaa....nak ikot esok. tak dapat nak ajak makan2 kat TL ke, Sara Thai ke. konfem la esok jugak mak abah balek KL. papepun, congrats to Ja'i. wish him luck for SPM.

ITU SAJA.