Monday, November 22, 2010

Penyu Penyu Penyu

back from Kuala Terengganu. buat ape? kawen. eh tak, pergi hantar anak jian aku kawen. haha... seriously penat gila naek kereta. well, aku bukan lah driver tapi penat duduk kat belakang pastu mengeluh tak habis2 bila nak sampai. pergi hari jumaat, balek hari ahad. masa pergi sana, total 12 jam perjalanan. penat tak? yela, kalau ngan abah memang macam ni, relax2 je berenti banyak kali. every 1 hour, wajib berenti. makan la, solat la, isi minyak la, tekencing la. haishhh.... lagi2 bila dah sampai kat area2 Ganu ada je tempat nak berenti. sampai kakak sedara aku dah tak larat nak berenti. bukan penat drive pun.

nak cerita sikit la kenduri kawen kat Ganu camane. ok aku memang jakun tak pernah pergi kenduri kat sana. sampai2 je rumah pengantin pagi tu, makcik jiran aku tu cakap "ni kenduri macam kenduri orang mati je ye" okeyy,aku tak cakap pape. tak kesahla kan sebab ni kenduri anak dia. so, kitorang guest ni tak salah okey. kat sana kenduri tak macam kat KL ni sibuk nak prepare macam2. dorang tak banyak khemah tempat makan pun. yang ada, kerusi susun2 macam kat dewan perhimpunan sekolah tu, pastu ada satu meja hidangan makanan. hanya ada kerusi je ye, takde meja tuk makan. nak makan nasi kene tatang la pakai tangan. menarik kan? pastu tempat makan asing laki pompuan. bagus! tapi kitorang yang dari KL ni tak ikut sangat sebab tak berapa nak faham cara kat sana kan. okey simple je kenduri. lepas makan, pinggan taruk kat belakang dalam besen. senang nak basuh nanti.

cuba kalau buat style camtu kat KL ni. konfem jimat kan? tak payah nak sewa dewan, sewa kanopi sume2 la. catering pun tak payah. masak gotong-royong je. TAPI, yela mulut orang kita tak boleh nak tutup. nanti kang ada yang mengata tuan rumah kedekut la, sombong la tanak layan tetamu, tak reti buat kenduri la, blablabla.... tu lah orang melayu. cewahh...aku pun melayu gak. well, setiap tempat ada caranya kan. so kita yang guest ni, ikut saja cara orang. jangan buat pasal kalau tak kene halau nanti.

pastu pagi2 before gerak balek KL, pergi la breakfast dulu. Ya Allah, bihun goreng manis, nasi lemak manis, air suam pun manis! haha... air gula kot. eh tak, tipu je ni. heh.... makan kueh karipap pun manis. tapi yang pelik orang sana takde kencing manis pun kan. kakak aku buat teori yang dorang makan budu yang masin tu, dapat balance kan gula. betol ke teori dia tu? aku pun angguk jela. malas nak apply sume2 biochem ke, anatomy ke. otak tengah cuti. oh pastu, dapat makan kepok lekor panas2 yang paling best gila kat sana.

gambar? malas nak upload. :D

ITU SAJA.