Hai Kuala Lumpur! Aku dah kembali ke Cheras kesayangan. Sekarang ni sangat bahagia walaupun macam 5 jam perjalanan nak balek KL yang sepatutnye 3jam setengah. Yela aku sampai kat pekeliling dah pukul 5.15pm macam tu. Pastu sampai2 je time orang begegas keluar ofis nak balek rumah. Mane tak 2jam dok dalam kete sebab jalan gile congested. Macam la aku yang drive kan. Alhamdulillah bila masuk je halaman rumah macam, Ya Allah aku menghirup udara segar di tempat lahirku.hehe.....
Seriously sangat bahagia tak terkata wehhh. Balek2 je dah keluar pegi dinner ngan satu family. Malam tadi macam semua orang ade. Takde yang tertinggal sorang pun. Yang bakal menantu nombor 2 pun ade jugak. Alhamdulillah... Kakak aku nak pergi Cameron pagi sabtu ni. Aku pesan "Belikan cactus tau. Nak yang ade bunge. Nak jage cuti 5 bulan ni" Tunggu la besar mana cactus tu nanti. Silap2 mati tak sempat nak berbunga. Dan discussion pasal keje part time dah berjalan lancar cuma tunggu confirmation. :DDDD Harap sangat dapat keje tu.
Ya Allah, sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan segala nikmat kebahagiaan yang telah Kau beri ini. Semoga aku tidak lalai dalam nikmat yang amat besar anugerahMu, iaitu nikmat KELUARGA. Berilah aku sedikit masa lagi untuk bersama mereka. Amin...
ITU SAJA.